Buka, siasat semula kes kematian Adam: Pejuanita

Bibi Sunita (tengah) ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa pada Selasa.
Bibi Sunita (tengah) ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejuangnita Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan meminta siasatan semula dapat dijalankan berhubung kematian Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Adam pada 3 Mei 2020.

Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, kes itu dirasakan perlu dibuka semula bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi berusia 10 bulan berkenaan kerana dikhuatiri wujud unsur penderaan.

"Pejuanita Wilayah Persekutuan melihat ia satu perkara yang perlu dibuka semula (kes tersebut) kerana kematian baby Adam tidak dibuat post morten, apakah punca-puncanya yang menyebabkan kematian baby Adam.

"Dahulunya sebelum kejadian, baby Adam dalam keadaan sihat, agak berisi dan sebagainya tetapi semasa meninggal dunia, arwah dalam keadaan amat kurus dan kita tidak tahu berkemungkinan wujud unsur penderaan," katanya.