200,000 hilang kerja di Moscow akibat sekatan antarabangsa

Pekerja di Rusia bakal kehilangan pekerjaan akibat sekatan antarabangsa. - Agensi
Pekerja di Rusia bakal kehilangan pekerjaan akibat sekatan antarabangsa. - Agensi
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 200,000 pekerja di syarikat asing di Moscow berdepan kehilangan pekerjaan kerana sekatan antarabangsa selepas tentera Rusia menceroboh Ukraine.

"Menurut anggaran kami, kira-kira 200,000 orang berisiko hilang kerja mereka," kata Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin.

Katanya, pihak berkuasa pada minggu lepas meluluskan program bernilai AS$41 juta (RM174 juta) sebagai menyokong tenaga kerja di Moscow.

"Pertama kali, program ini disasarkan kepada pekerja di syarikat asing yang telah menggantung operasi mereka buat sementara waktu atau meninggalkan Rusia," katanya.

Ratusan syarikat negara Barat mengumumkan menggantung aktiviti mereka atau memindahkan operasi di luar Rusia selepas Presiden Vladimir Putin menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: