Tentera Rusia bebaskan tebusan Islam di masjid Sultan Suleiman

Tentera Rusia didakwa berjaya membebaskan sejumlah tawanan Islam di sebuah masjid di daerah Primorsky, Mariupol pada Sabtu lalu. - Foto AFP
Tentera Rusia didakwa berjaya membebaskan sejumlah tawanan Islam di sebuah masjid di daerah Primorsky, Mariupol pada Sabtu lalu. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Tentera Rusia berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov pada Ahad.

Menurutnya, penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata yang dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid.

Beliau berkata, operasi pembebasan itu dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Justeru, katanya, satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky pada Sabtu lalu untuk membebaskan para tebusan yang ditahan oleh anggota-anggota Nazi Ukraine di masjid tersebut.

Pada kebiasaannya, Nazi Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada Batalion Azov Ukraine yang menentang tentera Rusia.

Menurut jurucakap itu, hasil operasi itu, masjid itu telah dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh.

Di daerah Primorsky, terdapat sebuah masjid yang diberi nama sempena bekas pemerintah Turki, Sultan Suleiman. - Agensi

Artikel Berkaitan: