X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

AS tidak ada maklumat pembunuhan beramai-ramai di Ukraine

Agensi perisikan pusat AS didakwa tidak mempunyai maklumat tentang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Ukraine. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai maklumat untuk menyokong dakwaan Presiden AS, Joe Biden bahawa Rusia didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine, lapor stesen penyiaraan negara itu, NBC News baru-baru ini.

Laporan stesen itu dibuat berdasarkan kepada kenyataan yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran Biden.

Ia menyatakan pada Jumaat lalu bahawa pegawai pentadbiran Biden itu telah berkata, laporan perisikan AS mengenai Ukraine tidak menyokong dakwaan Presiden AS tersebut bahawa pembunuhan orang awam sedang berlaku di Ukraine.

Seorang pegawai perisikan AS berkata, dalam laporan tersebut bahawa pembunuhan beramai-ramai termasuk yang bermatlamatkan untuk memusnahkan kumpulan etnik namun setakat ini bukan itu yang mereka lihat di Ukraine.

Dua pegawai Jabatan Negara AS juga menambah bahawa kenyataan Biden menyukarkan mereka untuk menghasilkan penilaian undang-undang yang tidak berat sebelah tentang apa yang berlaku di zon perang di Ukraine.

Pada Selasa lalu, Biden menggunakan perkataan pembunuhan beramai-ramai untuk merujuk kepada keadaan di Ukraine dan kesannya terhadap dunia.

Dan pada akhir Mac lalu, semasa lawatannya ke Warsaw, Biden mendakwa bahawa Presiden Rusia, Vladmir Putin tidak boleh kekal berkuasa.

Bagaimanapun, Rumah Putih kemudian terpaksa memberi jaminan bahawa pentadbiran AS sebenarnya tidak mahu perubahan rejim berlaku di Rusia. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!