Perubahan besar pada Ramadan, Aidilfitri bagi empat keluarga di Pahang

A
A
A

Wakil redONE melayan anak sulung Zaidatul Akma ketika membeli barangan untuk sambutan Ramadan.
Wakil redONE melayan anak sulung Zaidatul Akma ketika membeli barangan untuk sambutan Ramadan.

Ramadan dan Aidilfitri kali ini disambut sederhana buat empat keluarga dari Kuantan Pahang, setelah pemergian insan tersayang akibat dijangkiti virus Covid-19.

Kehilangan itu telah mengubah keseluruhan hidup mereka apabila ada yang terpaksa menggalas tugas sebagai ibu atau bapa dalam sekelip mata.

Itu yang dilalui Zaidatul Akma Ishak, 35, (RTK Bukit Goh); Kamarulzaman Awang Teh, 52 (Kampung Padang); Norfaziera Lee Abdullah, 46 (Taman Gambang Jaya) dan Herlina Mohamad, 45 (Kampung Jawa) apabila diuji ALLAH dengan kehilangan insan tersayang.

Zaidatul Akmal mengakui kesedihannya belum hilang selepas kematian suaminya, Mohamad Shahrul Najib, 32, pada 4 Ogos tahun lalu.

Kini, ibu tunggal itu terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk membesarkan dua anaknya Zaidatul Aisyah Mohd Shaharul,, dan Mohamad Shaharul Naqib yang baru berusia 9 bulan dengan berniaga air balang di sekitar bandar Kuantan.

“Selepas kematian suami, saya hilang punca pendapatan. Dorongan ahli keluarga membuat saya lebih cekal mencari pendapatan untuk anak-anak.

Artikel Berkaitan:

“Sambutan Ramadan dan Aidilfitri seperti tiada erti. Bila arwah dah tiada macam tiada semangat untuk buat apa-apa kerana masih sedih.

Namun saya bersyukur redONE hulur bantuan,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian di RTP Bukit Goh.

Aidilfitri kali ini akan disambut secara sederhana oleh Kamarulzaman dan anak-anak.
Aidilfitri kali ini akan disambut secara sederhana oleh Kamarulzaman dan anak-anak.

Kedukaan yang sama turut dilalui Kamarulzaman apabila kehilangan isteri tersayang, Juszi Pemi Akhmal Jusoh, 48, pada 8 Ogos tahun lalu.

Menurut bapa kepada 6 anak itu, kemeriahan setiap kali sambut Ramadan dan Syawal sudah hilang serinya tahun ini.

“Tak tahu nak bayangkan macam mana Aidilfi tri saya tanpa arwah kerana terlalu banyak kenangan bersama. Tahun ini mungkin anak- kedua saya, Nur Adila Sabiha, 21, akan sediakan juadah raya.

“Alhamdulillah dan terima kasih kerana redONE sudi bantu kami,” katanya yang tidak bekerja dan bergantung harap kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat Pahang.

Herlina (tengah) menerima sumbangan wang tunai daripada wakil redONE.
Herlina (tengah) menerima sumbangan wang tunai daripada wakil redONE.

Bagi Herlina pula, Ramadan dan Aidilfitri yang dilalui saat ini sangat berbeza tanpa kehadiran suami, Mohd Nasir Ismail, 52, yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Meskipun terlalu sukar untuk dia menerima, namun tetap reda dan tabahkan hati demi anak-anaknya.

“Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan kerana masih ada 5 orang anak yang perlu dijaga dan dibesarkan. Arwah suami hanya bekerja sebagai penjual ikan dan tidak meninggalkan banyak harta.

“Saya terpaksa bekerja sambilan di sebuah kilang untuk tambah pendapatan biaya rumah, kereta dan keperluan anak-anak yang masih bersekolah,” katanya.

“Aidilfi tri saya dan anak-anak kali ini tidak bermakna tanpa arwah, sudah hilang semua kemeriahan,” ujarnya.

Norfaziera (dua dari kiri) bersama anak-anak di halaman rumahnya di Taman Gambang Jaya.
Norfaziera (dua dari kiri) bersama anak-anak di halaman rumahnya di Taman Gambang Jaya.

Sementara itu, Norfaziera yang kematian suami, Wan usmadi Wan Umar, 42, kini memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak.

Dengan pendapatan harian sebagai pembantu kedai, dia mengakui belum lagi memikirkan persiapan menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, kegembiraan anak-anak akan menjadi keutamaan dalam suasana keluarganya cuba menyesuaikan diri tanpa insan tersayang.

“Saya sendiri perlu kuat untuk pastikan anak-anak tidak terus bersedih dan jalani kehidupan seperti biasa.

“Segala kelengkapan dan persiapan mereka untuk lebaran tetap saya sediakan supaya mereka tidak sedih,” kata penerima bantuan redONE ini.

Empat keluarga ini gembira menerima kunjungan wakil syarikat perkhidmatan telekomunikasi redONE Network Sdn Bhd (redONE) tatkala mereka masih diselubungi kesedihan dan memerlukan bantuan.

redONE menerusi program ‘Colours of Ramadhan’ (COR) menyalurkan sumbangan wang tunai RM1,500 dan barangan keperluan harian bernilai RM300 kepada setiap keluarga sekali gus memberi sinar bahagia buat mereka. Tontoni Episod Colours of Ramadhan ini di www.youtube.com/user/myred1mobile.

Tanda Prihatin

Adi Din menyampai sumbangan berupa barangan keperluan kepada Zaidatul Akma.
Adi Din menyampai sumbangan berupa barangan keperluan kepada Zaidatul Akma.

Menurut rakan niaga redONE Kuantan, Adi Din Hussain, sumbangan itu antara tanggungjawab sosial redONE bagi membantu golongan memerlukan.

“Sebelum ini kita hanya risaukan virus yang meragut nyawa, namun terlupa bagaimana waris-waris mereka menjalani kehidupan selepas hilang tempat bergantung.

“redONE mahu kembalikan semangat mereka supaya bangkit semula. Kedatangan kami disambut gembira dan mereka tidak hentihenti mengucapkan terima kasih,” katanya.

Sementara itu, wakil rakan niaga redONE kedua, Amirul Qosiim Abu Bakar berkata, program COR sebagai tanda prihatin redONE dalam usaha meringankan beban keluarga mangsa Covid-19.

“Sedikit sebanyak kehadiran redONE menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan harian dapat menceriakan mereka,” katanya.

Tawaran redONE

Kekal berhubung dengan insan tersayang menerusi pelan tanpa had redONE Postpaid Hybrid50U.

Pelan ini menyediakan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan menawarkan 10GB data berkelajuan tinggi kepada penggunanya.

Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda tidak akan terikat dengan apa-apa kontrak. Bagi yang disenarai hitam, anda juga layak! Menariknya, dengan rangkaian 4G LTE anda masih boleh berhubung walau di kawasan pedalaman.

Sepanjang 10 tahun memberi perkhidmatan, pelbagai tawaran disediakan redONE untuk golongan B40 atau sesiapa sahaja tanpa perlu membayar lebih.

Kunjungi Kedai Rakan Niaga redONE atau layari redONE.com.my untuk melanggan pelan tanpa had ini atau lain-lain pelan redONE Postpaid hanya dari RM8 sebulan.

No Image Caption

“Covid-19 telah meragut banyak nyawa dan ramai kehilangan punca pendapatan. redONE tampil menceriakan mereka yang memerlukan.” - Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh