Polis kenal pasti suspek terlibat dua kes langgar lari

Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri di Iskandar Puteri.
Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri di Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam dua kes langgar lari membabitkan dua kejadian berasingan di daerah ini pada Isnin dan Rabu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu dikesan melalui satu rakaman video yang tular di media sosial pada Rabu.

Menurutnya, usaha mengesan pemandu terbabit kini giat dijalankan.

"Pada jam 10 malam, 13 April, polis mengesan satu video dalam laman Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) memaparkan sebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan langgar lari dengan sebuah motosikal.

"Hasil semakan mendapati, dua laporan polis telah dibuat bersangkut kes langgar lari. Kes pertama di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, manakala kejadian kedua di Persiaran Ledang, Iskandar Puteri pada jam 9.30 malam, 11 April," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Tular video berdurasi 34 dan 23 saat dalam media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Toyota CH-R merah melanggar sebuah motosikal sebelum bertindak melarikan diri.

Artikel Berkaitan: