Harjeet Singh dilantik jadi KSU KKM

Harjeet Singh. - Foto Twitter
Harjeet Singh. - Foto Twitter
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Harjeet Singh Hardev Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, lantikan itu berkuat kuasa pada 11 April.

Harjeet, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimiliki oleh Harjeet, KKM mampu memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas sejajar slogan kementerian “Kami Sedia Membantu”," katanya.

Artikel Berkaitan: