Dugaan Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Mazlan kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah akibat kebakaran pada Selasa.
Mazlan kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah akibat kebakaran pada Selasa.
A
A
A

JENGKA- Dugaan Ramadan buat empat sekeluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Felda Jengka 14 di sini musnah akibat kebakaran pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Ahmad Mazlan Mat Adam, 49, keluar bekerja sebagai pemandu lori manakala dua anaknya bersama adik perempuannya tinggal di rumah.

Menurutnya, kejadian disedari oleh adik perempuannya yang tinggal bersama menjaga dua anaknya yang berusia lapan dan 11 tahun.

"Adik saya memberitahu api bermula dari ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain.

"Ketika kejadian, adik saya sedang menyiapkan anak-anak yang ingin ke sekolah agama sebelum mereka keluar menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Felda Jengka 14 pada Selasa.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Felda Jengka 14 pada Selasa.

Sebaik tiba di rumahnya, dia mengakui rumahnya telah hangus dijilat api.

Dalam pada itu, Mazlan tetap bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sedih memang la sedih berlaku pula dalam bulan puasa tapi saya reda dan anggap ia ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT.

"Buat masa ini kami sekeluarga menumpang di rumah saudara buat sementara waktu," ujarnya jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban keluarga tersebut boleh menghubungi Mazlan di talian 017-7333751.