Sinar Harian tawar platform ‘Berani Semuka’

Rozaid
Rozaid
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian menawarkan diri untuk menjadi hos kepada debat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman berkata, platform terbaik untuk debat itu direalisasikan ialah ‘Berani Semuka’.

“Ia adalah program ikonik Sinar Harian dan telah menjadi hos kepada perdebatan begitu ramai tokoh sejak diperkenalkan pada tahun 2020,” ujar Rozaid dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berani Semuka pernah menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berhubung isu aset Tabung Haji.

Debat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengenai PKP, Rakyat Terabai? menerusi platform itu turut menjadi tumpuan.

Artikel Berkaitan: