Aliran trafik mula perlahan di Lebuhraya KL-Karak

SHAH ALAM – Aliran trafik dilaporkan mulai perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menuju arah timur.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebooknya pada jam 1.38 tengah hari berkata, ia mulai perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak.
“Trafik mulai perlahan arah timur sebelum masuk Plaza Tol Gombak,” katanya.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebelum ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad.
Syed Danial berkata, penetapan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia itu telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
