RON97 naik 7 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga minyak RON97 naik sebanyak 7 sen iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 seliter bagi tempoh 23 Mac sehingga 29 Mac.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, harga runcit bagi RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

"Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Mac sehingga 29 Mac adalah ditetapkan harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Mac 2019 sehingga 29 Mac 2019 sepatutnya RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh di atas dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Artikel Berkaitan: