Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis kesan sindiket 'jual' orang jadi scammer

01 April 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 APRIL 2022

Polis Diraja Malaysia mengesan sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi warga tempatan untuk dijadikan sebagai 'scammer' di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya menerima enam laporan berhubung kes terbabit melibatkan 24 lelaki dan dua wanita sepanjang tahun lalu hingga Mac.

Menurutnya, modus operandi sindiket adalah memperdaya mangsa dengan iklan peluang pekerjaan di media sosial sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan gaji lumayan.

Beliau berkata, antara negara dikenalpasti menjadi tumpuan adalah Thailand, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PDRM