Suresh mara separuh akhir di Phuket

Suresh - Foto Bernama
Suresh - Foto Bernama
A
A
A

ATLET para negara S Suresh mara ke peringkat separuh akhir acara recurve lelaki apabila mengumpul 611 mata selepas menduduki tempat kedua pusingan kelayakan Kejohanan Memanah-Para Phuket 2022 di Thailand.

Pemanah berusia 28 tahun itu melakukan panahan 299 mata pada jarak 70 meter (m) dalam set pertama sebelum berjaya memperbaiki pencapaiannya dengan 312 mata pada set kedua.

Beliau hanya lima mata ketinggalan berbanding pemanah Thailand, Hanreuchai Netsiri yang menamatkan saingan di tempat pertama, manakala rakan senegaranya Pornchai Phimthong berada di kedudukan ketiga dengan meraih keseluruhan 571 mata.

Suresh yang dinobatkan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 pada Selasa lepas, dijadual beraksi di peringkat separuh akhir pada Sabtu ini, berdepan Phimthong. - Bernama

Artikel Berkaitan: