Bank wanita pertama menjelang 2025

Norli semasa sidang media Majlis Pelancaran WCB di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu.
Norli semasa sidang media Majlis Pelancaran WCB di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu.
A
A
A

KOPERASI Wanita Malaysia Berhad (WCB) menyasarkan untuk menjadi sebuah bank wanita pertama di Malaysia menjelang tahun 2025.

Namun begitu, Pengerusi WCB, Datin Norli Alias bersama barisan ahli lembaganya menyasarkan untuk mewujudkan bank tersebut dalam tempoh 12 bulan.

Menurutnya, koperasi tersebut memfokuskan kepada hala tuju memastikan kemampanan perniagaan dan produk keusahawanan golongan wanita.

"WCB bukan nak lahirkan wanita berniaga, tapi kami mempunyai hala tuju untuk memastikan kemapanan perniagaan dan produk keusahawanan.