Pengusaha jeti didenda RM21,000 bina struktur tanpa kebenaran

Pengusaha jeti didenda RM21,000 bina struktur tanpa kebenaran
Pengusaha jeti didenda RM21,000 bina struktur tanpa kebenaran
A
A
A

TELOK DATOK - Seorang pengusaha jeti persendirian didenda RM21,000 oleh Majistret Mahkamah di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan membina struktur (binaan) tanpa kebenaran.

Majistret Khairul Farhi Yusob menjatuhi hukuman itu terhadap lelaki berusia 40 tahun itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika tidak membayar denda serta memerintahkan tertuduh merobohkan binaan tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 70 (13)(c), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta133).

Mengikut fakta kes, dia didapati mendirikan struktur bangunan tanpa kebenaran bertulis dari Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di kawasan Telok Panglima Garang.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan media, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, setiap pengusaha jeti persendirian perlu mendapatkan kelulusan daripada MPKL terlebih dahulu sebelum menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan.

Menurutnya, MPKL sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha jeti yang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang MPKL sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Seorang pengusaha jeti persendirian denda RM21,000 oleh Majistret Mahkamah di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan membina struktur (binaan) tanpa kebenaran.