Bandar Bentong dilanda banjir kilat

Air dari Sungai Penjuring mula melimpah ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam. - Foto ihsan JBPM
Air dari Sungai Penjuring mula melimpah ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam. - Foto ihsan JBPM
A
A
A

BENTONG - Hujan lebat sejak pukul 5 petang Khamis mengakibatkan bandar Bentong termasuk beberapa buah kampung berhampiran, dilanda banjir kilat malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, air Sungai Benus melimpah melepasi jalan menyebabkan kawasan Kampung Kemasur dinaiki air.

"Seramai lima lelaki dan empat wanita termasuk seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan dengan menggunakan jentera semasa rondaan dilakukan di kawasan terbabit.

"Pemantauan anggota bertugas masih diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan dapat disegerakan sekiranya ada mangsa yang perlu dipindahkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, beberapa kampung berdekatan Sungai Penjuring turut terjejas antaranya Kampung Perting, Kampung Repas, Kampung Chamang dan Kampung Sungai Penjuring.

Air dari Sungai Penjuring mula melimpah ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam. - Awani

Artikel Berkaitan: