Kejayaan Kane berikan Spurs manfaat

Kane melakukan percubaan ke pintu gol Brighton pada perlawanan berkenaan. - Foto Getty Images
Kane melakukan percubaan ke pintu gol Brighton pada perlawanan berkenaan. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte menegaskan kejayaan kapten Harry Kane mencatatkan nama selaku penjaring terbanyak ketika beraksi di tempat lawan bakal memberikan manfaat kelab berkenaan.

Menurut Conte, selain melakar sejarah tersendiri, status Kane itu bakal menyaksikan pemain berkenaan bakal menjadikan pasukan lawan sentiasa berwaspada apabila berdepan Spurs selepas ini.

“Kejayaan Kane ini dilihat sebagai satu kejayaan yang cemerlang. Cukup cemerlang bagi seorang pemain yang sekali gus menjadikan kelab yang diwakili disegani lawan.

“Kita bercakap mengenai kualiti di sini dan bagi saya, jelas Kane memiliki kualiti tersendiri sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini.

“Oleh itu, diharapkan dia akan terus cemerlang selepas ini dan melakarkan lebih banyak kejayaan buat pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Kane menjaringkan gol kedua Spurs pada minit ke-57, setelah Cristian Romero membuka jaringan pada minit ke-57.

Ketika ini, skuad The Lilywhites itu meraih 48 mata setelah mengharungi 28 perlawanan dan berpeluang untuk mencabar kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara itu, Conte melihat gandingan Kane dan Romero mampu membantu kelab berkenaan melakar lebih banyak kejayaan selepas ini berdasarkan kepada prestasi semasa masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, sasaran untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Saya yakin kedua-dua pemain ini akan dapat membantu kita merealisasikan sasaran berkenaan kerana mereka kini kelihatan cukup bersedia selain berada pada prestasi yang cukup baik,” katanya.