‘Jangan percaya propaganda Rusia, mereka tipu anda’

Ovsyannikova bakal berdepan pertuduhan mereka laporan palsu tentang tindakan keganasan yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun. - Foto Agensi
Ovsyannikova bakal berdepan pertuduhan mereka laporan palsu tentang tindakan keganasan yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Seorang penerbit stesen TV, Channel One di Rusia bertindak berani melancarkan protes antiperang ketika sebuah program berita popular sedang bersiaran langsung pada Isnin.

Wanita yang mengutuk keras kempen pencerobohan Moscow ke atas Ukraine dikenali sebagai Marina Ovsyannikova dan dia dilaporkan telah ditahan kerana melakukan pelanggaran keselamatan.

Ketika kejadian itu, Ovsyannikova dilihat meluru masuk sambil memegang poster tulisan tangan tertera ‘Hentikan Perang. Jangan percaya propaganda. Mereka tipu anda. Rakyat Rusia bantah peperangan ini’ ketika penyampai berita Time, Yekaterina Andreyeva sedang menyentuh tentang hubungan Rusia bersama Belarus.

Wanita itu juga melaungkan slogan antiperang ketika Andreyeva cuba mengawal situasi tersebut dengan cuba menguatkan lagi suaranya sebelum saluran tersebut mengalihkan rakaman memaparkan sebuah hospital.

Susulan insiden itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy turut memuji keberanian wanita tersebut yang tidak gentar mahu mendedahkan kebenaran. - Agensi

Artikel Berkaitan: