Belgium bekukan AS$10.9 bilion aset Rusia

Belgium membekukan 10 bilion euro (AS$10.9 bilion) aset Rusia sejak dua minggu lalu.
Belgium membekukan 10 bilion euro (AS$10.9 bilion) aset Rusia sejak dua minggu lalu.
A
A
A

ANKARA - Belgium membekukan 10 bilion euro (AS$10.9 bilion) aset Rusia sejak dua minggu lalu, lapor Agensi Anadoulu memetik media tempatan.

Kementerian Kewangan Belgium menyekat akses akaun individu dan syarikat Rusia yang dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU) berikutan krisis Rusia-Ukraine.

Sejak dua minggu lepas, 2.7 bilion euro telah dibekukan, manakala transaksi bernilai 7.3 bilion euro disekat.

Aset Rusia di Belgium terutamanya dalam sektor tenaga, baja, pelancongan, keluli dan berlian.

Sejumlah 862 individu serta 53 organisasi Rusia dan Belarus dikenakan sekatan oleh EU. - Bernama

Artikel Berkaitan: