100,000 penduduk dipindahkan dari tujuh bandar Ukraine

Penduduk Ukraine dipindahkan bagi mengelak menjadi mangsa serangan tentera Rusia di negara itu. - Foto AFP
Penduduk Ukraine dipindahkan bagi mengelak menjadi mangsa serangan tentera Rusia di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Kira-kira 100,000 orang telah dipindahkan melalui koridor kemanusiaan dalam tempoh dua hari terakhir, kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada lewat Khamis.

Beliau memberitahu, perpindahan itu melibatkan tujuh buah bandar di bawah sekatan tentera Rusia di utara dan tengah negara itu termasuk di pinggir Kiev.

Namun, Presiden Ukraine mendakwa, tentera Rusia tidak membenarkan perpindahan penduduk dilakukan dari Mariupol, iaitu sebuah bandar pelabuhan di selatan negara berkenaan.

Beliau menuduh tentera Rusia menahan penduduk di bandar pelabuhan tersebut untuk dijadikan sebagai tebusan, katanya menerusi ucapan videonya.

Bandar yang didiami kira-kira 430,000 itu kini tidak mempunyai bekalan makanan, air dan elektrik selama 10 hari.

Dalam pada itu, pegawai Ukraine menyatakan kira-kira 1,300 orang telah terbunuh termasuk tiga orang dalam serangan di sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak pada Rabu lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: