Gunung Merapi Indonesia muntahkan abu panas

Gunung Merapi telah meletus sebanyak 17 kali sejak jam 11.18 malam Rabu hingga 7.33 pagi Khamis (waktu Indonesia barat).
Gunung Merapi telah meletus sebanyak 17 kali sejak jam 11.18 malam Rabu hingga 7.33 pagi Khamis (waktu Indonesia barat).
A
A
A

JAKARTA - Gunung Merapi pada Khamis menyaksikan peningkatan aktiviti memuntahkan abu panas sejauh lima kilometer.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Teknologi Bencana Geologi Indonesia (BPPTKG), gunung berapi curam itu telah meletus sebanyak 17 kali sejak jam 11.18 malam Rabu hingga 7.33 pagi Khamis (waktu Indonesia barat).

Peningkatan aktiviti gunung berapi itu memaksa 193 penduduk tempatan berpindah ke pusat perlindungan sementara, menurut ketua pusat perlindungan, Hanik Humaida menerusi taklimat dalam talian.

Penduduk yang tinggal di lereng Merapi diberi amaran supaya menjauhi lingkungan tiga hingga tujuh kilometer daripada puncak gunung itu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Gunung berapi paling aktif di Indonesia berhampiran Yogyakarta itu kini dalam status Amaran Tahap III, dengan kebarangkalian tinggi untuk meletus. - Bernama

Artikel Berkaitan: