Moyes minta petua Klopp berdepan Sevilla

Klopp (kiri) dan Moyes antara pengurus yang paling berjaya dalam saingan liga Inggeris. - Foto AFP
Klopp (kiri) dan Moyes antara pengurus yang paling berjaya dalam saingan liga Inggeris. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI West Ham United, David Moyes mendedahkan meminta petua daripada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sebelum kedua-dua kelab berentap dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Sabtu sebagai persiapan berdepan gergasi La Liga, Sevilla dalam pusingan 16 terbaik Liga Europa, di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan, Jumaat.

"Ya, saya ada bercakap dengan Jurgen Klopp sebelum perlawanan dan dia sangat memuji pasukan dan beberapa pemain West Ham United.

"Saya juga ada bertanya kepada Jurgen mengenai Sevilla dan dia memberitahu pelbagai perkara mengenai kelab Sepanyol tersebut dari sudut berbeza. Saya cuba mendapatkan beberapa petua kerana dia lebih mengetahui dan berpengalaman berdepan kelab itu," katanya,

Untuk rekod, The Hammers akan bertandang untuk menentang pakar Liga Europa, Los Nervionenses di Sepanyol pada Jumaat dalam pusingan 16 terakhir pertandingan.

Di bawah pengurusan Klopp, Liverpool menentang Sevilla sebanyak tiga kali dan gagal memenangi sebarang perlawanan tersebut.

Kekalahan 3-1 pada perlawanan akhir Liga Europa 2016 juga menafikan hasrat Klopp merangkul piala pertamanya di Anfield.

Artikel Berkaitan: