[VIDEO] Dua mangsa masih tertimbus dalam runtuhan batu kuari

Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu kuari sedang dijalankan di Keramat Pulai, Simpang Pulai pada Selasa..
Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu kuari sedang dijalankan di Keramat Pulai, Simpang Pulai pada Selasa..
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki Orang Asli antara dua mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini pada Selasa.

Difahamkan mangsa pertama dikenali sebagai Itam Bah Lasoh, 43, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti.

Kedua-dua mangsa dipercayai pemandu jengkaut di lokasi kejadian dan mangsa yang cedera pula berusia 35 serta 38 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan terdapat empat pekerja dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 9.40 pagi.

"Dua mangsa dapat menyelamatkan diri, manakala dua yang lain masih tertimbus di bawah runtuhan batu.

"Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) diatur ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pihak bomba dan polis telah berada di lokasi kejadian bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

Artikel Berkaitan:

Operasi melibatkan 18 pegawai dan anggota bomba, 13 anggota polis, Pejabat Tanah dan Galian Daerah serta Jabatan Mineral dan Geosains Perak.