Ibu kota dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR - Hujan lebat sekitar jam 3 petang menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat antaranya Kampung Baru, Bukit Bintang dan Jalan Kuchai Lama.
Menerusi gambar tular di media sosial, beberapa kenderaan yang diletakkan bersebelahan bangunan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) kelihatan ditenggelami banjir.
Seorang pengguna Facebook, Nubailah Muda, 39, berkata, dia bersama suami serta tiga anak terperangkap dalam kereta selepas paras air naik sehingga 0.5 meter di Jalan Kuchai Lama.
"Mohon doakan hujan di Kuala Lumpur segera berhenti. Kami tersangkut dalam banjir," luahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 4 petang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas selesai urusan di Jalan Klang Lama.
"Kami tak boleh gerak kerana air semakin tinggi, kebanyakan lori juga mengundurkan kenderaan kerana air deras di hadapan.
"Buat masa ini hujan dah semakin reda dan masih menunggu air surut. Doakan hujan cepat berhenti, " katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Abdul Azeez kecewa didakwa rasuah, tekad bersihkan nama - Peguam
09 September 2026 01:07pmSeorang lagi juruterbang ditahan, disyaki urus aliran wang sindiket dadah antarabangsa
09 September 2026 12:15pmRemaja didakwa cuba bunuh lelaki ketika rusuhan bersenjata
09 September 2026 12:10pmHelikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM
08 September 2026 05:56pmResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia
08 September 2026 09:15pmIsu hadiah cabutan bertuah: ‘Tak apa akak ambillah RXZ itu’ - Akmal Saleh
08 September 2026 05:28pmEnam lelaki termasuk 5 remaja bawah umur didakwa rogol kanak-kanak 15 tahun
08 September 2026 04:44pm- Iklan -- Iklan -

