Mane pastikan Liverpool terus padu

Mane
Mane
A
A
A

GOL separuh masa pertama penyerang Liverpool, Sadio Mane sudah cukup membolehkan The Reds melakar kemenangan 1-0 ke atas West Ham United, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Tiga mata diperolehi di Stadium Anfield itu membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu 63 mata, tiga mata di belakang anak buah Jurgen Klopp selepas masing-masing mengharungi 27 perlawanan.

Biarpun jaringan minit ke-27, tonggak Senegal itu menyaksikan The Reds melakar kemenangan ke-19 musim ini, namun tuan rumah disifatkan amat bernasib baik setelah The Hammers pimpinan David Moyes gagal menterjemahkan deretan peluang dalam bentuk jaringan.

Kegagalan Pablo Fornals, Manuel Lanzini dan Michail Antonio memanfaatkan peluang masing-masing menyaksikan Liverpool yang mendominasi permainan dan penguasaan bola tenang meraih kemenangan liga ketujuh berturut-turut musim ini.

Artikel Berkaitan: