MN belum berkubur: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim (kanan) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kiri) hadir pada Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Simpang Jeram sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan (PN Simpang Jeram malam Jumaat.
-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tuan Ibrahim (kanan) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kiri) hadir pada Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Simpang Jeram sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan (PN Simpang Jeram malam Jumaat. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

MUAR - Muafakat Nasional (MN) masih belum berkubur dan tidak ada mana-mana parti yang mengisytiharkan pembubarannya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, status MN akan dilihat semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Belum ada kubur, belum ada batu nisan dan tiada siapa mengisytiharkan Muafakat Nasional ditamatkan. Secara prinsipnya, walaupun dia tak nampak hidup tapi dia tak mati, statusnya sebagaimana ada,” katanya pada kempen calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram malam Jumaat.

Tuan Ibrahim memberitahu, mesyuarat peringkat induk MN juga sudah beberapa bulan tidak diadakan, namun di peringkat kabinet, parti terlibat masih mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pada masa ini agenda MN tidak dibincangkan dan tumpuan kini diberikan kepada PRN Johor.

"Jadi sekarang ni kita tak bincanglah MN ni, MN kita tutup fail dulu sementara kita hadapi pilihan raya bersama kekuatan di dalam Perikatan Nasional... kita tak perlu toleh belakang, kita terus ke depan,” katanya.

MN adalah gabungan kerjasama Pas dan UMNO yang dicetuskan hasil Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 2019. - Bernama

Artikel Berkaitan: