Putera Mahkota Arab Saudi anggap Israel bakal sekutu

Mohammed Salman
Mohammed Salman
A
A
A

RIYADH - [DIKEMAS KINI] Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menyatakan dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Khamis bahawa Israel sebagai bakal sekutunya yang berpotensi.

Putera itu juga menyatakan beliau juga mahu bekerjasama dengan Iran.

Pemimpin de facto Arab Saudi yang berumur 36 tahun itu juga menyatakan pembunuhan seorang wartawan, Jamal Khashoggi di Pejabat Konsulat negaranya di Istanbul, Turki sebagai satu kesalahan besar.

Namun, katanya, beliau dipersalahkan secara tidak adil oleh pihak-pihak tertentu berhubung kematian rakyat negaranya itu.

Putera tersebut juga menyatakan minatnya dalam drama bersiri televisyen yang popular, 'Game of Thrones' yang menjadi fenomena dunia.

Menyentuh tentang isu Palestin, beliau berkata: "Kami berharap konflik antara Israel dan Palestin dapat diselesaikan."

Beliau menyatakan demikian dalam satu wawancara dengan majalah The Atlantic berdasarkan transkrip yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency dan kemudian dilaporkan oleh AFP.

Bercakap tentang Israel, Putera tersebut berkata: "Kami tidak memandang Israel sebagai musuh, kami memandang mereka (Israel) sebagai satu sekutu yang berpotensi dengan banyak kepentingan yang dapat kami lakukan secara bersama. Tetapi, kita harus menyelesaikan beberapa masalah sebelum kita dapat bersama."

Artikel Berkaitan:

Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi pada tahun 2020 Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menormalkan hubungan dengan rejim Zionis itu.

Perjanjian normalisasi di bawah Abraham Accords atau Perjanjian Abraham yang mana Amerika Syarikat (AS) menjadi perantara menyebabkan penduduk Palestin marah dan yang mengecam kedua-dua negara berkenaan.

Hubungan Arab Saudi dengan Iran yang merupakan musuh Israel dipersalahkan oleh negara-negara Teluk kerana menimbulkan kekacauan di rantau itu.

Namun, pada pada masa yang sama, ia menunjukkan tanda-tanda peningkatan dengan beberapa pusingan rundingan antara Arab Saudi dan Iran diadakan dengan Iraq menjadi tuan rumah.

"Mereka (negara-negara Teluk) berjiran. Jiran buat selama-lamanya. Kita tidak dapat menyingkirkan mereka, dan mereka tidak dapat menyingkirkan kita," kata putera itu mengenai Iran.

"Justeru, adalah lebih baik bagi bagi kami untuk menyelesaikannya dan mencari cara yang mana kita dapat hidup bersama-sama," kata transkrip itu kepada penerbitan bulanan AS itu.

"Harapnya, kita dapat mencapai satu posisi yang baik untuk kedua-dua negara dan akan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk negara ini dan Iran," tambahnya. - Agensi