Menteri enggan dedah sebab tamat perkhidmatan Ahmad Idham, Eizlan

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

MUAR - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan sebab mengapa pihaknya menamatkan perkhidmatan pelakon, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementerian.

Beliau sebaliknya berkata, pada kebiasaannya di dalam kontrak, penamatan perkhidmatan itu lazim berlaku.

“Saya tak boleh nak sebut. Biasanya dalam kontrak ini lazim berlaku dalam mana-mana kontrak.

“Kalau kita rasa perlu tamatkan, kita perlu tamatkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Khamis.

Turut sama dalam sidang akhbar terbabit adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saifuddin (tengah) bersama Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Khamis.
Saifuddin (tengah) bersama Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Khamis.

Sinar Daily sebelum ini melaporkan bahawa perkhidmatan kedua-dua individu terbabit ditamatkan oleh Kementerian Luar.

Tanpa menyebut secara spesifik tarikh kontrak ditamatkan, Sinar Daily difahamkan ia berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Idham dilantik sebagai setiausaha kebudayaan manakala Eizlan dilantik sebagai penasihat kreatif pada 1 November tahun lepas.

Sebelum pelantikan berkenaan, Ahmad Idham adalah ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).