Kempunan mahu kembali muda

Emile Ratelband mahu menukar tarikh lahirnya untuk 'kembali muda'. - Foto BBC
Emile Ratelband mahu menukar tarikh lahirnya untuk 'kembali muda'. - Foto BBC
A
A
A
THE HAGUE - BELANDA. Hasrat seorang lelaki berusia 69 tahun untuk 'kembali muda' tidak kesampaian apabila mahkamah Belanda menolak tuntutannya mengurangkan umur sebanyak 20 tahun dalam usaha mencari cinta.

Mahkamah Daerah Arnhem kelmarin menolak tuntutan Emile Ratelband untuk menukar tarikh lahirnya dari 11 Mac 1949, kepada dua dekad lebih lewat, iaitu 11 Mac 1969.

Sebelum ini, Ratelband seorang jurulatih gaya hidup terkenal dan bekas ahli politik mendakwa beliau berasa didiskriminasi kerana usianya.

“Saya boleh mendapat mana-mana gadis yang saya kehendaki, tetapi sebaik memberitahu umur saya 69 tahun, ia berakhir.

“Saya berasa muda, dan mahu diiktiraf dari segi undang-undang kerana berasa didiskriminasi kerana umur saya,” katanya ketika membawa kesnya ke mahkamah.
Artikel Berkaitan:


“Menukar tarikh lahir akan menyebabkan rekod selama 20 tahun lenyap daripada pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan dan pendaftaran perkongsian,” kata mahkamah sambil menambah tuntutan Ratelband hanya akan mendatangkan pelbagai komplikasi perundangan dan sosial yang tidak diingini. - AFP