18 pemancing, kru bot selamat tiba di jeti

Kesemua 18 individu yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, disahkan selamat.
Kesemua 18 individu yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, disahkan selamat.
A
A
A

ALOR SETAR - Kesemua 18 individu yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, selamat tiba di jeti Maritim Malaysia Bukit Malut, Langkawi di sini, pada Sabtu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kesemua mangsa tiba di jeti berkenaan kira-kira jam 11.45 malam.

Beliau memberitahu, kesemua 18 mangsa terdiri daripada 14 pemancing dan empat kru telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan kira-kira jam 3 petang.

"Alhamdulillah, mereka diselamatkan kira-kira 10 batu nautika barat Pulau Singa Besar.

Foto tular menunjukkan semua 18 mangsa yang dikhuatiri hilang diselamatkan bot nelayan.
Foto tular menunjukkan semua 18 mangsa yang dikhuatiri hilang diselamatkan bot nelayan.

"Kemudian, kesemua mereka dipindahkan ke bot dan kapal Maritim Malaysia di kedudukan lebih kurang 15.3 batu nautika, barat, Pulau Singa Besar, Langkawi," katanya pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kesemuanya disahkan selamat namun seorang pemancing mengalami kecederaan sebelah tangan kiri manakala seorang lagi mungkin patah kaki.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 18 individu termasuk 14 pemancing yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, dilaporkan selamat.

Sebelum itu, kesemua mangsa dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki hampir karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, kira-kira jam 2 petang.