Jumpa bom mortar di tebing sungai

Anggota polis memeriksa bom mortar yang ditemui di tebing Sungai Tupai, Taiping pada Jumaat.
Anggota polis memeriksa bom mortar yang ditemui di tebing Sungai Tupai, Taiping pada Jumaat.
A
A
A

TAIPING - Sebutir bom mortar sepanjang kira-kira 42 cm ditemui di tebing Sungai Tupai, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping baharu, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, penemuan bom lama itu disedari seorang lelaki bersama tiga individu lain ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di sungai tersebut kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurutnya, selepas itu pengadu membuat laporan polis memaklumkan mengenai penemuan bom lama berkenaan.

"Pada jam 8.35 pagi, anggota dari Balai Polis Pokok Assam telah sampai di tempat kejadian mendapati sebutir bom jenis tidak pasti telah berada di atas tanah di lokasi kejadian.

"Anggota membuat kawalan dan memasang pita larangan polis di sekeliling kawasan kejadian.

"Setelah itu, Pasukan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pula tiba di lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan ke atas bom tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Osman berkata, bom tersebut kemudiannya berjaya dimusnahkan kira-kira jam 12.55 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan dibantu anggota Cawangan Persenjataan IPD Taiping.

Menurutnya, tindakan memusnahkan bom lama itu berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda awam.

Artikel Berkaitan: