Dua gol iringi Chelsea ke Lille

Pulisic antara pencetak gol Chelsea ketika berdepan Lille dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di London.
Pulisic antara pencetak gol Chelsea ketika berdepan Lille dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di London.
A
A
A

JARINGAN setiap babak Kai Havertz dan Christian Pulisic membolehkan juara bertahan Chelsea menang 2-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara ke atas kelab Ligue 1 Perancis, Lille di Stadium Stamford Bridge.

Tampil dengan misi memburu bekalan selesa, The Blues terlebih dahulu di depan seawal minit kelapan hasil tandukan padu Havertz selepas menyudahkan sepakan sudut Hakim Ziyech.

Taktikal pengendali kelab London, Thomas Tuchel yang merehatkan penggempur utama, Romelu Lukaku membuahkan hasil apabila Pulisic menterjemahkan hantaran N'Golo Kante untuk melebarkan kelebihan tuan rumah.

Benteng akhir Chelsea juga tampak lebih ampuh apabila Edouard Mendy tampil cemerlang sekali gus menafikan deretan percubaan pelawat diketuai Jonathan David

Chelsea, yang akan menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley hujung minggu ini, dijadualkan bertandang ke Lille untuk perlawanan kedua pada 16 Mac depan.


KEPUTUSAN

Chelsea 2-0 Lille

Villarreal 1-1 Juventus

Artikel Berkaitan: