Barcelona bangkit ikat Napoli di Camp Nou

Torres meledak gol penyamaan buat Barcelona.
Torres meledak gol penyamaan buat Barcelona.
A
A
A

BARCELONA bangkit mengikat Napoli 1-1 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik pertama Liga Europa di Stadium Camp Nou.

Biarpun Barcelona menguasai perlawanan, namun Napoli terlebih dahulu di depan hasil jaringan Piotr Zielinski pada minit ke-29.

Ferran Torres kemudian muncul penyelamat Barca apabila menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59.

Tuan rumah diberikan sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena pemain Juan Jesus hasil hantaran lintang Adama Traore.

Barca yang tampil dengan rangkaian penyerang baharu dibentuk Torres, Traore dan Pierre-Emerick Aubameyang, dilihat gagal menterjemahkan beberapa peluang dalam perlawanan itu.

Artikel Berkaitan: