Myvi hilang kawalan rempuh kedai makan

Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kedai makan di Bintong, di sini, pada Khamis. Foto:Ihsan pembaca
Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kedai makan di Bintong, di sini, pada Khamis. Foto:Ihsan pembaca
A
A
A

KANGAR - Sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kedai makan di Bintong, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Katanya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta berusia 72 tahun itu dikatakan tertekan pedal minyak ketika membelok masuk ke lorong kanan jalan bersebelahan kedai makan terbabit.

"Insiden itu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan seterusnya merempuh kedai makan berkenaan.

"Lauk-pauk yang dijual di kedai makan itu juga tumpah dan jatuh bertaburan akibat rempuhan itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan parah atau kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan: