Kecewa nasi lemak ada bulu kucing

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

MERAK Jalanan bersama ahli keluarga ketika ini sedang menjalani kuarantin selepas balik kenduri kahwin saudara di Pendang, Kedah.

Sebabnya, ada antara ahli keluarga Merak Jalanan disahkan positif Covid-19 sehari selepas pulang ke rumah pada Isnin lalu.

Dalam bosan-bosan kuarantin sehingga 10 Februari, Merak Jalanan pun buatlah pembelian nasi lemak lauk paru goreng di aplikasi penghantaran makanan. Maklumlah, bila memerap sahaja di rumah, perut asyik kelaparan.

Selepas 30 minit menunggu, pesanan pun tiba dan Merak Jalanan terus menjamah sambil menonton sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Facebook Sinar Harian.

Sambil mengunyah, Merak Jalanan dengar bermula 1 Mac, status lengkap divaksinasi semua warga emas berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin dan penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun berakhir sekiranya belum masih menerima dos pengalak.

Maknanya, mereka yang masih belum menerima suntikan dos penggalak, status kuning (lengkap divaksinasi) akan bertukar putih, sekali gus bakal dikenakan sekatan di pintu masuk.

Terus Merak Jalanan terfikir, adakah dos penggalak AstraZeneca yang diterima dua minggu lalu memberi perlindungan, sedangkan 10 orang ahli keluarga Merak Jalanan positif Covid-19 jenis Omicron?

Selepas tersedar daripada lamunan, punyalah enak mengunyah suapan nasi lemak, barulah Merak Jalanan perasan nasi lemak yang dijamah itu ada bulu kucing! Ada tiga helai berwarna putih dan hitam.

Artikel Berkaitan:

Terhenti terus selera makan Merak Jalanan walaupun paru goreng tersebut amat menyelerakan.

Tolonglah wahai pengendali makanan. Jagalah kebersihan dan ikuti kursus pengendalian makanan. Jangan fikir keuntungan semata-mata.

Risau pula nanti. Walaupun pelanggan negatif Covid-19 tetapi malang tak berbau, dapat pula keracunan makanan.