Bayern hilang khidmat Neuer

Manuel Neuer tidak dapat beraksi untuk beberapa perlawanan selepas penjaga gol itu menjalani pembedahan lutut. - Foto AFP
Manuel Neuer tidak dapat beraksi untuk beberapa perlawanan selepas penjaga gol itu menjalani pembedahan lutut. - Foto AFP
A
A
A

GERGASI Bundesliga, Bayern Munich terpaksa melupakan khidmat Manuel Neuer untuk beberapa perlawanan selepas penjaga gol itu menjalani pembedahan lutut, kata kelab Jerman tersebut.

Neuer yang beraksi ketika penyandang juara itu melakar kemenangan 3-2 ke atas RB Leipzig dalam saingan liga pada Sabtu, berjaya menghalang percubaan lewat penyerang lawan, Emil Forsberg untuk memastikan kemenangan ke-310 Bundesliga yang menyamai rekod Oliver Kahn.

Biarpun Bayern tidak menyatakan berapa lama Neuer tidak dapat beraksi, pemain berusia 35 tahun itu berkata di media sosial bahawa pembedahannya berjalan lancar, dan dia berharap untuk kembali dalam beberapa minggu.

“Kami semua dalam kelab dan pasukan mendoakan Neuer pulih dengan baik dan cepat, dan kami pasti dia akan kembali cergas sepenuhnya bersama Bayern Munich tidak lama lagi,” kata Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Bayern akan menentang VfL Bochum hujung minggu ini, sebelum menentang gergasi Austria, RB Salzburg dalam perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara pada Khamis.

Artikel Berkaitan: