Buffon yakin mampu bermain pada usia 50 tahun

Buffon menyertai Parma pada musim panas tahun lepas.
Buffon menyertai Parma pada musim panas tahun lepas.
A
A
A

PENJAGA Gawang Parma, Gianluigi Buffon masih belum berfikir untuk menggantung sarung tangannya dalam tempoh terdekat.

Bekas pemain Itali itu yakin masih mampu untuk bermain bola sepak sehingga usianya mencecah 50 tahun sambil menolak kemungkinan untuk meninggalkan Parma pada musim hadapan.

“Sekiranya Itali tidak layak ke Piala Dunia, saya mungkin akan bermain pada edisi seterusnya. Malah saya tidak terkejut sekiranya masih cergas untuk bermain pada usia 48 tahun.

“Malah Michael Jordan juga tidak tolak kemungkinan mampu beraksi pada usia 50 tahun dan saya sangat memahami kenapa dia berkata begitu.

“Kita lihat bagaimana Parma dan saya menamatkan musim ini. Saya rasa masih ada tanggungjawab untuk mewakili rakyat dari Parma yang memberi sokongan penuh," katanya.

Untuk rekod, Buffon menyertai Parma dari Juventus pada musim panas lalu dan membuat 21 penampilan untuk kelab Serie A setakat ini.

Dalam pada itu, Buffon tidak berniat untuk bersaing bagi merebut tempat dalam skuad Piala Dunia tahun ini.

"Saya sentiasa menggunakan Piala Dunia sebagai alasan untuk terus beraksi. Hakikatnya, saya terus beraksi kerana saya buat perkara yang orang lain tidak boleh lakukan.

Artikel Berkaitan:

"Namun saya sedar untuk disenaraikan dalam skuad ke Qatar adalah mustahil. Saya kena hormat pilihan orang yang bijak seperti Roberto Mancini," katanya.