Diserbu ketika leka bungkus dadah dalam pondok

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JEMPOL - Seorang buruh ditahan polis ketika sedang leka membungkus dadah dalam serbuan di pondok belakang rumahnya di Felda Raja Alias di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam serbuan jam 11 pagi itu, suspek berusia 42 tahun sedang leka membungkus barang terlarang itu di pondok yang turut dijadikan 'port' menghisap dadah.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui tujuh peket plastik dadah jenis heroin seberat 64.25 gram dan satu peket plastik dadah jenis syabu seberat 20.11 gram.

"Suspek dipercayai membeli dua jenis dadah berkenaan dengan harga RM3,800 daripada tokan lain sebelum dibungkus semula di pondok itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952

"Sebuah motosikal jenis SYM 185 milik suspek telah disita.

"Siasatan mendapati suspek turut mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Artikel Berkaitan: