Rooney tolak tawaran kemudi Everton

Rooney - Foto Sunday World
Rooney - Foto Sunday World
A
A
A

BEKAS bintang Everton, Wayne Rooney mendedahkan menolak tawaran mengemudi The Toffees setelah pemecatan Rafa Benitez pada 16 Januari lalu.

Rooney yang menyerlah bersama Manchester United menegaskan, dia mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi Derby County.

“Saya mengakui dihubungi ejen daripada Everton berhubung tawaran mengisi segera posisi dikosongkan Benitez.

“Bagaimanapun saya menolak tawaran tersebut kerana merasakan saya memiliki tanggungjawab lebih besar bersama Derby County.

“Saya juga sebelum ini berazam menjalankan tanggungjawab dengan baik mungkin mengemudi kelab ini,” katanya.

Everton memecat Benitez setelah pengendali tersebut gagal meletakkan kelab Merseyside tersebut di kedudukan terbaik saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Everton kini menduduki tempat ke-16 dengan 19 mata hasil lima kemenangan, seri empat dan tewas 11 kali daripada 20 perlawanan.

Dalam perkembangan lain, bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard hampir pasti dinamakan pengendali baharu Everton apabila menepati kriteria diperlukan kelab beraksi di Goodison Park tersebut.

Lampard juga dilaporkan mengatasi dua calon lain iaitu pengendali sementara The Toffees, Duncan Ferguson dan bekas pengendali FC Porto, Vitor Perreira.

Artikel Berkaitan:

Malah, Lampard juga dikatakan bersetuju menerima tawaran Everton dijangka memulakan tugasnya dalam tempoh terdekat.