Guru rugi RM152,000 ditipu pelaburan produk suplemen

Seorang guru kerugian RM152,050 dipercayai ditipu selepas buat pelaburan babitkan pelbagai produk minuman tambahan. Gambar hiasan.
Seorang guru kerugian RM152,050 dipercayai ditipu selepas buat pelaburan babitkan pelbagai produk minuman tambahan. Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN – Seorang guru kerugian RM152,050 dipercayai ditipu selepas membuat pelaburan membabitkan pelbagai produk minuman tambahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd. Yusuf berkata, mangsa berusia 47 tahun itu ditipu selepas rakannya memperkenalkan pelaburan berkenaan pada April 2015.

“Mangsa memaklumkan pelaburan itu membabitkan pelbagai minuman suplemen termasuk kopi terdiri daripada empat pakej iaitu RM1,000, RM3,000, RM5,000 dan RM10,000.

"Ahli yang melabur akan menerima satu perempat pulangan (dalam bentuk produk) dan tiga perempat pulangan (dalam berbentuk wang) dan mangsa melabur sebanyak RM190,000," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa dijangka menerima pulangan RM37,950, namun sejak November 2016, mangsa dan beberapa ahli lain tidak menerima pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Syarikat pelaburan terbabit memberi alasan program dan pakej sedang dinaik taraf bagi keuntungan yang lebih tinggi tapi sampai sekarang tiada maklum balas positif daripada syarikat itu.

"Pengadu berasa tidak berpuas hati dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel Berkaitan: