[VIDEO] Mekanik didenda RM3,000 hantar mesej lucah

Muhammad Faiz memakai baju berwarna biru ketika hadir ke mahkamah pada Rabu.
Muhammad Faiz memakai baju berwarna biru ketika hadir ke mahkamah pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang mekanik didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah terhadap seorang wanita lapan tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Faiz Zaini, 35, selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut, namun tertuduh telah membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp.

Perbuatan itu dilakukan pada 14 April 2014, lebih kurang jam 5.15 petang, di Kolej UNITI, Persiaran UNITI Village, Tanjung Agas, Port Dickson.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) yang bokeh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: