Penganggur bunuh anak kekasih dihukum mati

Penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya pada 2018. - Gambar hiasan
Penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya pada 2018. - Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun pada 2018.

Hakim Datuk Azmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah selain terdapat keraguan dalam pembelaannya.

Noraizuwan didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan di sebuah rumah di Jalan Arau, Lorong Chempaka, Kampung Jejawi, dekat sini antara jam 3.45 petang 18 April 2018 dan 12.10 tengah malam 19 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam Rafidi Mohamad. - Bernama

Artikel Berkaitan: