Tiga maut kenderaan dinaiki terbabas

Mangsa maut di lokasi kejadian di Jalan Lintas Sibuga, Sandakan.
Mangsa maut di lokasi kejadian di Jalan Lintas Sibuga, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Tiga lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dalam kejadian di Jalan Lintas Sibuga, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiga mangsa yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dari BBP Sandakan dikejar ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX terbabas sendiri di bahu jalan.

"Terdapat tiga mangsa terlibat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, dua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

"Seorang lagi mangsa tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak kesihatan dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.06 tengah hari," katanya.