Leicester City hilang khidmat Vardy lapan minggu

Jamie Vardy. - Foto Getty Images
Jamie Vardy. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers mengesahkan penyerang dan penjaring terbanyak skuad kendaliannya itu, Jamie Vardy, tidak akan beraksi selama lapan minggu akibat mengalami kecederaan hamstring.

Menurut Rodgers, Vardy yang setakat ini telah menjaringkan sembilan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, mempamerkan aksi menakjubkan skuad The Foxes itu melakar kemenangan 1-0 ke atas Liverpool di Stadium King Power 29 Disember lalu.

Bagaimanapun Rodgers berkata, kecederaan hamstring yang dialami pemain berkenaan telah menghalangnya untuk beraksi berdepan pendahulu EPL, Manchester City dan menyaksikan Leicester City tewas.

"Jamie akan diketepikan untuk beberapa minggu. Ia adalah malang baginya tetapi kami menjangkakan kecederaan sehingga lapan minggu.

"Jamie dijangka kembali pada Mac, namun sesuatu yang baik dia tidak memerlukan pembedahan. Bagaimanapun, kecederaannya itu ternyata lebih teruk berbanding kecederaan sebelum ini," katanya.

Untuk rekod, Leicester kini berada pada kedudukan ke-10 EPL dengan meraih 25 mata setelah mengharungi 18 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Rodgers berkata, skuad kendaliannya itu perlu membawa tersebut boleh menandatangani pemain pertahanan tengah pada jendela perpindahan bulan ini.

“Bahagian tengah kini dikedudukan kritikal dan tidak konsistenan musim ini. Kami memerlukan penambahbaikan segera pada barisan pertahanan.

Artikel Berkaitan:

"Ada sedikit masa, tetapi mendapatkan bek tengah adalah mendesak. Kami perlu melihat apa yang boleh dilakukan, dan mungkin perlu berkompromi untuk mendapatkan pemain yang anda perlukan untuk pasukan," katanya.

Leicester berada di tempat ke-10 dalam liga dengan 25 mata daripada 18 perlawanan.