Sukan sekolah bantu tingkat perpaduan

Pelajar sekolah menyertai perbarisan mewakili rumah sukan masing-masing.
Pelajar sekolah menyertai perbarisan mewakili rumah sukan masing-masing.
A
A
A

YAN - Penganjuran kejohanan olahraga antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 17 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sedaka merupakan platform untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Penyelaras DUN Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, kerjasama sukan itu dilihat mampu memperkukuhkan perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara pelajar dengan murid sekolah berkenaan.

"Sesebuah negara akan berjaya sekiranya semua rakyatnya bersatu-padu, dan bagi saya, sukan memang boleh meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini," katanya selepas merasmikan kejohanan itu di SMK Batu 17, semalam.

Guru-guru mengadili pertandingan sedang mencatat markah.
Guru-guru mengadili pertandingan sedang mencatat markah.

Hadir sama, Pegawai Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan Anizat Ahmad, Pengetua SMK Batu 17 Mohamad Yaziz Mohd Isa serta Guru Besar SK Ulu Sedaka Rosli Abdul.

Sementara itu, Anizat berkata, pendekatan secara kolaboratif antara kedua-dua sekolah berkenaan merupakan penganjuran pertama kali di negeri ini.

Anizat berkata, penganjuran aktiviti kesukanan secara kolaboratif itu sememangnya dapat meningkatkan semangat setiakawan antara pengurusan sekolah termasuk guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan kejohanan berkenaan.

"Pihak kita mengalu-alukan kerjasama sukan seperti ini yang dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid dan guru antara kedua-dua sekolah ini. Ini salah satu usaha terbaik dan diharap dapat jadi contoh kepada sekolah lain," katanya.

Artikel Berkaitan: