Jalan di Gambang dinaiki air, tutup untuk kenderaan ringan

Jalan Gambang dinaiki air 0.80 meter susulan hujan lebat sejak awal Ahad pagi.
Jalan Gambang dinaiki air 0.80 meter susulan hujan lebat sejak awal Ahad pagi.
A
A
A

KUANTAN - Hujan lebat berterusan sejak pagi Ahad menyebabkan beberapa jalan di kawasan Gambang berhampiran Bukit Gambang Water Park ditutup sepanjang 200 meter akibat dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (land mark Gambang Resort) ditutup kepada kenderaan ringan susulan dinaiki air sedalam 0.80 meter.

"Penutupan jalan itu sudah dimaklumkan. Jadi saya minta masyarakat tidak mengambil risiko untuk meredah air dan orang ramai mengikut arah pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada sejam lalu, tular di Facebook satu video berdurasi 58 saat memaparkan Jalan Gambang di naiki air.

Kelihatan beberapa kenderaan terkandas dan terpaksa berpatah balik selepas menyedari air sudah melimpah di kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan: