X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pantai Timur sehingga esok

Foto Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan, status bagi amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku membabitkan Kelantan, Terengganu serta Pahang sehingga Sabtu.

“Hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga Jumaat.

“Selain itu, hujan lebat berterusan (tahap buruk) dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, Bera dan Rompin) sehingga Sabtu,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor dan Sabah.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Pahang (Raub dan Bentong) serta Johor sehingga Sabtu.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad,” menurut kenyataan tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!