China guna kenderaan wayerles kawal sempadan

Kenderaan Sharp Claw milik tentera China yang dipasang dengan mesingan ringan dihantar ke kawasan sempadan dengan India - Foto CCTV
Kenderaan Sharp Claw milik tentera China yang dipasang dengan mesingan ringan dihantar ke kawasan sempadan dengan India - Foto CCTV
A
A
A

BEIJING - Berdozen-dozen kenderaan China tanpa pemandu yang mampu membawa senjata dan bekalan dihantar ke Tibet dengan kebanyakannya dikerahkan berada di kawasan sempadan dengan India baru-baru ini.

Kenderaan-kenderaan itu yang dianggap sebagai robot membawa mesingan juga dihantar ke kawasan gurun barat ketika Beijing mengalami konfrontasi dengan India kerana askar-askar negara tersebut sedang bergelut dengan keadaan cuaca sejuk di tanah tinggi.

Antara kenderaan itu ialah Sharp Claw yang dipasang dengan mesingan ringan dan boleh dikendalikan secara wayarles.

Kenderaan yang dihantar itu termasuk Mule-200 yang direka sebagai kenderaan penghantar bekalan tanpa pemandu tetapi juga boleh dipasang dengan senjata.

Beijing dilaporkan telah menghantar sebanyak 88 kenderaan Sharp Claws ke Tibet yang bersempadan dengan India di Himalaya di mana 38 daripadanya dikerahkan ke wilayah sempadan, lapor Times News Now.

Kira-kira 120 kenderaan tanpa pemandu Mule-200 juga telah dihantar ke Tibet, lapor News Now dengan majoriti daripadanya dikerahkan ke kawasan sempadan.

China dan India telah bertempur di kawasan sempadan masing-masing sebelum ini di kawasan yang dikenali sebagai 'garisan kawalan' di tanah tinggi yang memisahkan kedua-dua negara berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: