Perkemaskan SOP jemaah pulang umrah

Tangkap layar video jemaah umrah bergelimpangan di KLIA. Gambar kecil: Mohd Rezwan
Tangkap layar video jemaah umrah bergelimpangan di KLIA. Gambar kecil: Mohd Rezwan
A
A
A

SHAH ALAM - Tular satu video jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air pada Rabu merungut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Video berdurasi 43 saat tu memperlihatkan jemaah umrah sedang bergelimpangan di KLIA, malah merungut dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia yang didakwa memakan masa terlalu lama.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Selangor, Mohd Rezwan Alias berkata, jemaah umrah berkenaan tidak dibenarkan untuk melaksanakan ‘home quarantine’, sebaliknya mereka diminta untuk menjalani kuarantin di hotel.

Katanya, tindakan tersebut telah merumitkan dan membebankan jemaah yang baru tiba.

“Mereka tiba pada jam 11.50 pagi. Sehingga jam 6.30 petang urusan mereka tak selesai lagi. Bila jemaah sampai, mereka kena beratur panjang dan kaunter KKM tak cukup. Itu yang sampai kena tunggu lama lebih dari lima jam.

“Lebih menyedihkan apabila permohonan mereka untuk kuarantin di rumah terpaksa ditolak dan diminta untuk kuarantin di hotel di mana proses itu ambil masa. Ini berlaku pada hari ini (Rabu). Jemaah dari Sabah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sehubungan itu, Mohd Rezwan menggesa agar KKM memperkemaskan SOP untuk jemaah supaya ia tidak membebankan.

“Berdasarkan pengalaman saya dua minggu lepas, saya lihat memang tak teratur di balai ketibaan KLIA tersebut. Kita terpaksa bersesak-sesak dengan warga asing. Ini akan menyumbang kepada kenaikan kes Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kita merayu supaya KKM mempertimbangkan SOP yang ada sekarang ini. Tambah juga bilangan anggota di kaunter KKM di KLIA” katanya.