WonderLab perkenal produk atasi penuaan

Queenie Goh dan Hoe Kian Choon ketika melancarkan WonderLab Bel-aek Ageless pada Selasa.
Queenie Goh dan Hoe Kian Choon ketika melancarkan WonderLab Bel-aek Ageless pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo) melalui WonderLab memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit pertamanya iaitu Bel-aek Ageless yang memfokuskan kepada pra-penuaan.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Queenie Goh berkata, ia dicipta bagi mengatasi penuaan pramatang disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk dan pendedahan berterusan kepada sinar inframerah dan ultraviolet (UV) daripada peranti digital.

Menurutnya, siri baharu Bel-aek Ageless ini mengandungi tiga produk penjagaan kulit iaitu toner, serum dan moisturiser.

“WonderLab mengambil berat masalah ini dan mula menjalankan sebuah kajian untuk mendedahkan rahsia kulit awet muda melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang ketat.

“Ia untuk membangunkan formula mujarab menghasil dan mengekalkan keremajaan kulit.

“Siri ini mengandungi ‘superfoods’ terbaik yang berwarna hitam dalam meremajakan, menyerikan dan menyuburkan kulit supaya ia kekal awet muda.

“Diformulasikan dengan teknologi kecantikan Korea terkini, iaitu Trio Black Complex, formula mujarab ini daripada pati beras hitam, bijan hitam dan kacang hitam yang tinggi dengan antioksidan dan antiradang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Produk Bel-aek Ageless
Produk Bel-aek Ageless

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran Siri WonderLab Bel-aek Ageless Secret pada Selasa.

Jelasnya, gabungan tiga bahan tersebut meningkatkan dan memaksimumkan keberkesanan produk lantas mampu mengatasi penuaan kulit.

Tambah beliau, produk tersebut boleh didapati di Wonder Store iaitu kedai fizikal WonderLab seluruh Malaysia dan ejen WonderLab.

Dalam masa sama, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo, Hoe Kian Choon memaklumkan, WonderLab menubuhkan WonderLab Group iaitu sebuah kumpulan korporat yang menyelia operasi semua jenama kecantikan di bawah Cuckoo.

“Dengan perkenalan ini, kumpulan korporat ini akan menerajui dua jenama utama iaitu WonderLab dan Wonderdewi.

“Ia bagi menyediakan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang lebih holistik kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, perubahan tersebut juga dilakukan memandangkan WonderLab meraih kejayaan sebagai peruncit produk kecantikan dan Wonderdewi berjaya menjadi sebuah jenama yang dikenali ramai.